Fathia sudah penat hidup berpura-pura

KUALA LUMPUR: Bukan tidak pernah berusaha untuk berubah, namun pelakon, Nur Fathia Abdul Latiff, 31, yang sering diasak kontroversi mengakui, jiwanya tidak tenteram apabila terpaksa hidup berpura-pura.Fathia yang kembali dihimpit kontroversi apabila merokok ketika muncul secara ‘live’ di Instagram bersama Zarina Anjoulie, baru-baru ini berkata, dia tidak mahu menjadi hipokrit hanya kerana dirinya dikenali ramai.

“Saya terbeban membawa status selebriti, malah nama Fathia Latiff itu seperti menyekat kehendak dan kemahuan diri. Saya tahu, orang luar mahu saya berubah menjadi baik, tetapi mereka lupa saya juga manusia biasa.”Saya pernah cuba berubah, tetapi perasaan saya tidak tenteram apabila terpaksa bersikap hipokrit. Saya tidak mampu hidup berpura-pura. Penat rasanya hidup dalam penipuan.

“Hari ini, saya tidak mahu mempedulikan lagi cemuhan netizen. Selama mana mereka mahu mengutuk dan mencaci saya, silakan!,” katanya.Tegas Fathia, dia mahu hidup dalam realiti dan bukan dibelenggu khayalan hanya memilih untuk menjadi anak seni.

Justeru, bakat kelahiran Ayer Itam, Pulau Pinang itu berkata, dia enggan lagi hidup dalam sengsara semata-mata mahu mengikut telunjuk orang lain.”Terimalah saya seadanya. Saya sanggup membuang gelaran selebriti dan meninggalkan dunia seni sekiranya ia membebankan jiwa. Saya tidak minta menjadi popular, cuma rezeki memihak kepada saya,” katanya selamba.

Fathia menegaskan, dia sengaja merokok dalam rakaman itu kerana tidak mahu lagi berselindung siapa dirinya yang sebenar.“Saya tidak malu mengakui, saya seorang perokok. Keluarga juga tahu saya merokok, malah sering menasihatkan saya supaya membuang tabiat buruk itu.“Buat masa ini, saya masih belum mampu meninggalkan tabiat itu sepenuhnya, tetapi sedang berusaha mengurangkannya. Biarlah saya berhenti secara perlahan-lahan.

“Sebelum ini, apabila saya cuba berselindung, saya menjadi semakin memberontak. Saya tidak kisah jika ada yang anggap saya bukan gadis baik, asalkan saya tahu batasan hidup.“Saya tidak mahu hidup saya diadili dan dikawal masyarakat. Saya hanya mahu menjadi manusia biasa dan melakukan apa yang menyenangkan hati,” katanya

sumber : bharian online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *