Nokia 7+ Buat Pengejar Masa

Pengeluar telefon jenama Nokia dari Finland, HMD Global memperkenal telefon pintar Nokia 7+ dalam usaha memenuhi pelbagai permintaan dalam teknologi telefon bimbit pintar dunia.
Bagi anda yang sentiasa bergerak pantas dan terikat dengan pelbagai urusan, kini tidak lagi perlu menunggu masa yang lama untuk mengecas telefon bimbit, sebaliknya Nokia 7+ mempunyai keupayaan bateri untuk bertahan selama dua hari dan mampu mengecas selaju 50 peratus dalam masa hanya 30 minit.

Bagi mereka yang gemar merakam gambar, pastinya gajet terbaharu ini perlu dimiliki. Berbekalkan 16 megapiksel kamera depan dengan optik Zeiss dan prestasi lampu rendah, manakala 12 megapiksel serta 13 megapiksel sensor pada kamera belakang dengan dua kali ganda zoom pastinya menjadikan gambar swafoto dan gambar-gambar kenangan dirakam dengan kualiti yang amat baik tanpa mengira waktu malam atau siang.

Bukan itu sahaja, dengan mode pro Camera memudahkan anda menyimbangi warna putih, fokus, ISO kelajuan pengatup yang memberikan gambar yang kelihatan hebat.

Direka daripada blok pepejal aluminium 600 siri, Nokia 7+ pastinya menjadi pelengkap dalam gaya harian apatah lagi pada peranti turut dilengkapi tiga mikrofon berkualiti tinggi yang mampu menangkap sebarang bunyi melalui Nokia spatial audio.

sumber : utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *